Berita Utama

Hubungan dengan PAS sudah ke penghujung: UMNO Terengganu

'Sudah banyak peluang diberikan namun tetap gagal'

BANGI, 12 Zulhijjah 1443H, Selasa – UMNO Terengganu masih kekal dengan pendirian tidak bersama PAS – sekali gus tidak akan menghidupkan Muafakat Nasional (MN) di negeri itu.

Perkara itu disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menyifatkan hubungan dua seteru di negeri berkenaan sudah ke penghujung.

“Sudah banyak ruang dan peluang diberikan kepada PAS namun ia dilihat tetap gagal.

“Kita sudah beri ruang sebelum ini..saya nangis sudah hari itu… sebab itu saya kata saya kalau orang lembut, saya lembut sangat,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu yang dipetik Berita Harian, hari ini.

UMNO Terengganu sebelum ini memutuskan untuk terus bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sebaliknya, PAS Terengganu pula cuba untuk meneruskan MN bersama UMNO namun masih menemui jalan buntu.

Muafakat Nasional ditubuhkan pada 14 September 2019 oleh UMNO dan PAS atas alasan mahu mengukuhkan semula kesatuan politik bangsa Melayu dan ummah.

Namun peranan dan fungsi MN kini terus menjadi persoalan dan seolah-olah dilihat seperti hilang punca.

Kemelut dalam MN semakin berlarutan berikutan pemimpin antara dua parti berkenaan masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button