Pendapat

Amaran buat penghina Islam

Bersedialah terima hukuman atas keterlanjuran ini

SAYA mulanya ingin menulis tajuk sebagai ‘nasihat’ tetapi setelah menonton sendiri klip video tersebut, sudah tidak layak diberikan nasihat dan satu amaran lebih tepat untuk Cik Siti Amira Natasha.

1. Sekiranya niat Cik Siti ingin berjenaka, Cik Siti telah gagal dan lebih malang lagi mengaibkan diri sendiri di khalayak umum. Islam amat mengambil berat soal maruah terutamanya golongan wanita.

Kelakuan Cik Siti telah menjatuhkan maruah seorang wanita dengan cukup hina sekali. Golongan femenisme perlu bersuara mengecam kelakuan ini. Sekiranya anda senyap, anda tidak layak memperjuangkan hak wanita.

2. Klip video ini telah tular di saat jutaan umat Islam sedang berhimpun untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima dan umat Islam di tanah air sedang bersiap untuk laksanakan ibadah korban.

Cik Siti, ketahuilah perbuatan anda ini telah mengguris hati seluruh umat Islam dan wajar satu permohonan maaf secara terbuka dilakukan oleh Cik Siti. Bersedialah untuk terima hukuman atas keterlanjuran ini.

3. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Di akhir penulisan ini, saya ingin menyeru Cik Siti segera memohon taubat dari Allah di atas kelakuan menghina agama Islam.

Muhammad Yasin Ting Bin Muhammad Sufian Ting
Setiausaha ISMA Bangi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button