Artikel Khas

Apa motif dedahkan dosa ke seluruh dunia?

Jika benar hafal al-Quran, bertadabburlah setiap makna perkataan di dalamnya

1. TAKUTLAH kepada Allah SWT yang telah memuliakan kamu dengan nikmat Islam.

2. Agama yang menjunjung tinggi martabat wanita, agama yang penuh dengan panduan hidup dan agama yang mengajarkan sifat malu.

3. Jika benar kamu telah atau pernah menghafal 15 juzuk Al-Quran, peganglah semula kitab suci itu, baca dan tadabburkanlah setiap makna perkataan dalamnya.

4. Bertaubatlah kepada Allah SWT. Tutup aurat dengan sempurna. Padam channel YouTube kamu yang penuh dengan perkara jijik dan dosa. Tinggalkan hubungan haram dengan lelaki ajnabi dan kembalilah kepada cara hidup Islam yang sebenar.

5. Apa motif kamu berbogel separa di depan khalayak di kelab malam? Apa motif kamu berjenaka dalam menghina Islam? Apa motif kamu mendedahkan dosa ke seluruh dunia?

6. Sedarlah Islam takkan sedikitpun hina sebab tindakan bodoh kamu.

7. Tapi kamulah yang hina disebabkan memusuhi agama Allah SWT ini!

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button