Berita Utama

NRC tuntut Zionis henti kekejaman terhadap rakyat Palestin

Rejim Israel lulus 4,427 penempatan baharu kepada penceroboh haram

BAITULMAQDIS, 12 Zulhijjah 1443H, Selasa – Majlis Pelarian Norway (NRC) menggesa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden meletakkan isu keganasan oleh Zionis terhadap rakyat Palestin sebagai agenda utama dalam lawatannya ke negara haram, Israel minggu ini.

NRC mendakwa, sejak Biden memegang jawatan utama, Zionis semakin berkuasa dan telah meningkatkan peluasan penempatan dan juga aktiviti merobohkan kediaman penduduk Palestin.

Malah sepanjang enam bulan pertama 2022, negara haram itu telah meluluskan perancangan membina 4,427 unit kediaman kepada peneroka haram Israel di Tebing Barat – peningkatan yang besar berbanding 3,645 untuk keseluruhan tahun lepas.

Pengarah Wilayah Timur Tengah NRC, Carsten Hansen berkata, lawatan tersebut memberikan peluang yang besar kepada Presiden Biden untuk menuntut Zionis menghentikan pencabulan hak penduduk Palestin terutama pengusiran dan perobohan yang berterusan.

Analisis terkini NRC menunjukkan Zionis secara purata memindahkan tiga rumah milik rakyat Palestin setiap hari.

“Sejumlah 1,657 penduduk Palestin yang kehilangan rumah selepas termasuk di 1,269 rumah di Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis,” menurut OCHA.

Sepanjang tempoh itu juga Zionis turut merobohkan 18 struktur bangunan dan mengusir 17 keluarga Palestin.

Mei lalu, Mahkamah Tinggi Israel menolak semua petisyen terhadap pemindahan paksa kepada 1,200 penduduk Palestin di sebahagian besar Masafer Yatta di selatan Tebing Barat dan mengisytiharkan kawasan berkenaan sebagai zon tentera.

Keputusan berkenaan menyaksikan penduduk Palestin di kawasan berkenaan kehilangan tempat tinggal . – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button