Dunia

Penceroboh haram Israel terus serang rakyat Palestin

Setiap hari rejim haram serbu masuk rumah penduduk tanpa sebab

RAMALLAH, 12 Zulhijjah 1443H, Selasa – Penduduk haram Israel menyerang orang awam Palestin di pelbagai bahagian Tebing Barat yang diduduki, menurut sumber tempatan.

Di bandar al-Mughyyer – timur laut Ramallah – penjajah Israel menyerang dan mencederakan seorang lelaki Palestin sehingga menyebabkan mangsa dimasukkan ke hospital.

Penceroboh haram turut menyerang sebuah keluarga Palestin di utara Lembah Jordan dan di kawasan Salfit di utara Tebing Barat.

Rejim Zionis sering melakukan serangan di bawah perlindungan tentera, namun jarang ditahan atau didakwa atas keganasan mereka.

Bukan hanya berdepan tindakan melampau puak penceroboh haram, rakyat Palestin di Tebing Barat juga sering diganggu dan diserang tentera pengganas Israel.

Pasukan rejim kerap menjalankan serbuan ke rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat, kononnya untuk mencari individu dikehendaki sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Serbuan itu turut dilakukan di kawasan yang berada di bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang waran.

Mengikut undang-undang tentera Israel, rejim mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman penuh ke atas tiga juta rakyat Palestin di Tebing Barat.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button