Dunia

Penduduk dunia dijangka cecah 8 bilion menjelang November

India bakal atasi China dengan populasi tertinggi pada 2023

GENEVA, 12 Zulhijjah 1443H, Selasa – India dijangka mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia pada 2023, dengan masing-masing berjumlah 1.4 bilion rakyat tahun ini.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kadar kesuburan yang tinggi akan mencabar pertumbuhan ekonomi.

Menerusi laporan itu, penduduk dunia dianggarkan mencecah lapan bilion menjelang 15 November tahun ini, dan boleh meningkat kepada 8.5 bilion pada 2030 serta 10.4 bilion pada 2100, apabila kadar kematian semakin perlahan.

Penduduk India ialah 1.21 bilion pada 2011, menurut banci domestik yang dijalankan sekali dalam sedekad. 

Bagaimanapun, kerajaan telah menangguhkan bancian 2021 berikutan pandemik COVID-19.

Penduduk dunia berkembang pada kadar paling perlahan sejak 1950, setelah jatuh di bawah 1 peratus pada tahun 2020, menurut anggaran PBB.

PBB berkata, lebih separuh daripada unjuran peningkatan populasi global sehingga 2050 akan tertumpu di lapan negara iaitu Congo, Mesir, Ethiopia, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Republik Bersatu Tanzania.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button