Berita UtamaIstimewa

Sampai bila nak biar pemimpin rakus perintah negara

Contohi perjuangan Mat Kilau, rakan yang dikenang ratusan generasi

BANGI, 12 Zulhijjah 1443H, Selasa – Sampai bila rakyat harus membiarkan pemimpin rakus dengan harta dan pangkat memerintah negara, sedangkan bangsa Melayu tidak pernah ketandusan pemimpin yang bermaruah.

Justeru, sudah tiba masanya untuk kepimpinan negara ini dipimpin mereka yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri serta rela berkorban nyawa dan harta demi kepentingan umat dan Malaysia.

Ketua Perhubungan ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir berkata, perjuangan seperti Mat Kilau dan rakan seangkatannya perlu dicontohi seluruh anak bangsa, terutama tokoh-tokoh kepimpinan negara.

“Tiada harta dan pangkat yang mereka tinggalkan setelah dipanggil ilahi, tetapi keharuman jasa dan bakti terhadap agama dan negara tetap dikenang oleh ratusan generasi hingga abadi.

“Inilah contoh pimpinan yang perlu kita lahirkan demi kebahagiaan keturunan kita yang akan mewarisi tanah watan nenek moyang kita yang sudah dirosakkan oleh penjajah dan legasi peninggalan mereka dari bangsa Melayu sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, masih ramai individu yang berakhlak layak untuk dijadikan sebagai pemimpin bangsa dan negara.

“Sampai bila kita harus membiarkan mereka rakus harta dan pangkat untuk memimpin negara? Adakah bangsa Melayu ketandusan pemimpin yang bermaruah? Rasanya tidak.

“Melayu sepakat Islam berdaulat. Inilah ungkapan keramat untuk bangsa Melayu demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button