Dunia

Sepanyol alami gelombang panas ke-2

Suhu cecah 43 darjah Celsius, 30 wilayah dalam waspada

MADRID, 12 Zulhijjah 1443H, Selasa – Sepanyol mengalami gelombang panas kedua dengan 30 wilayah diletakkan dalam keadaan berwaspada oleh Agensi Meteorologi Negeri (AEMET).

Suhu dijangka mencecah hingga 43 darjah Celsius di Badajoz barat daya Sepanyol dan lebih 40 darjah Celsius di wilayah seperti Seville, Cordoba, Jaen dan Caceres – yang semuanya diletakkan pada tahap amaran jingga.

Sementara, kebanyakan kawasan barat daya dan tengah Sepanyol berada di bawah amaran oren atau kuning dengan suhu diramalkan mencecah 38 darjah Celsius di ibu negara Madrid.

Manakala wilayah tengah lain seperti Avila, Salamanca, Segovia, Soria atau Valladolid semuanya berada dalam amaran kuning.

Suhu dijangka kekal tidak berubah setakat Isnin namun boleh meningkat lebih tinggi pada Selasa apabila AEMET menaikkan tahap amaran daripada kuning kepada oren untuk wilayah Zamora, Valladolid dan Salamanca.

Gelombang haba pertama yang berlaku selama lebih seminggu di beberapa bahagian negara itu pada Jun lalu juga dianggap antara paling awal dalam rekod.

Gelombang pertama itu menyaksikan suhu meningkat lebih 44 darjah Celsius di Jaen dan 43 darjah Celsius di Taledo, selatan Madrid.

Disebabkan suhu tinggi yang luar biasa, Sepanyol terjejas teruk akibat kebakaran hutan dengan lebih 19,000 hektar musnah setakat ini, iaitu dua kali ganda purata berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Cuaca panas melampau dan kadar hujan yang lebih rendah menyebabkan rizab air Sepanyol menurun ke paras membimbangkan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button