Berita UtamaDunia

Presiden Sri Lanka lari ke Maldives

Puluhan ribu rakyat serbu kediaman rasmi desak Rajapaksa berundur

COLOMBO, 13 Zulhijjah 1443H, Rabu – Gotabaya Rajapaksa telah meninggalkan negara Sri Lanka, beberapa jam sebelum peletakan jawatan Presiden seperti yang dijanjikan.

Ia susulan protes dan bantahan meluas berhubung pengendalian krisis ekonomi terburuk negara itu sejak kemerdekaan pada 1948.

Rajapaksa, isteri dan dua pengawal peribadinya menaiki pesawat Tentera Udara Sri Lanka ke Male, ibu negara Maldives, lapor agensi berita memetik pegawai kerajaan dan imigresen yang tidak disebutkan nama.

Agensi berita AFP melaporkan, beliau tiba di Male awal pagi Rabu.

Presiden berkata, beliau akan meletakkan jawatan pada Rabu selepas puluhan ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya menuntut beliau berundur.

Rajapaksa, yang membantu menamatkan perang saudara negara yang telah lama berlarutan sebagai setiausaha pertahanan ketika pentadbiran abangnya lebih sedekad lalu, telah dipilih sebagai presiden pada 2019 menjanjikan keselamatan dan kestabilan.

Bagaimanapun apabila negara itu mula kehabisan bahan api, makanan dan ubat-ubatan susulan kehabisan dana kerajaan, presiden didakwa kerana ketidakcekapan mengurus ekonomi.

Rajapaksa yang dituduh melakukan jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia yang lain, menikmati imuniti daripada ditahan ketika memegang jawatan.

Beliau dipercayai mahu ke luar negara sebelum berundur bagi mengelak kemungkinan ditahan.

Parlimen negara itu akan mengadakan undian untuk memilih presiden baharu pada 20 Julai. – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/07/12/presiden-baharu-sri-lanka-dipilih-20-julai/
https://ismaweb.net/2022/07/10/presiden-sri-lanka-setuju-letak-jawatan-minggu-depan/
https://ismaweb.net/2022/07/05/krisis-ekonomi-sri-lanka-dijangka-hingga-akhir-2023/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button