Berita Utama

4 maut nahas 7 kenderan di Ipoh

4 mangsa tersepit iaitu seorang lelaki dan 3 wanita

IPOH, 13 Zulhijjah 1443H, Rabu – Empat termasuk tiga wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan enam kereta dan sebuah treler di KM277.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata anggota yang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang mendapati empat mangsa tersepit iaitu seorang lelaki dan tiga wanita.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya telah mengeluarkan kesemua mangsa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan,“ katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata pihaknya menyerahkan kesemua mangsa kepada polis dan operasi tamat pada 4.16 petang.

Tinjauan Bernama mendapati kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan kira-kira lima kilometer di lokasi kejadian.

Sementara itu, Plustrafik dalam ciapan di Twitter melaporkan kemalangan itu telah mengakibatkan kesemua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak sepanjang tujuh kilometer, namun kembali lancar kira-kira 5 petang.-Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button