Pendapat

Jangan fokus kemajuan ekonomi hingga abai kedaulatan tanah air

Waspada supaya tak masuk perangkap sama seperti Sri Lanka

PEMBUNUHAN bekas PM Jepun, Shinzo Abe yang merupakan PM paling lama pernah berkhidmat di negara itu amat mengejutkan dunia.

2. Ramai menyebut-nyebut tentang Abenomics walaupun sesetengah sarjana mempersoalkan kejayaan strategi tersebut dalam memacu ekonomi Jepun.

3. Namun tiada siapa boleh mempertikaikan sumbangan beliau dalam mempertahankan kedaulatan negara (national sovereignty) terutama berkaitan Article 9 dalam Perlembagaan Jepun.

4. Article 9 merupakan perkara dalam Perlembagaan Jepun yang dipaksakan oleh AS selepas WWII, iaitu Jepun tidak boleh membangunkan kekuatan ketenteraan dan tidak boleh menggunakan sebarang tindakan ketenteraan termasuk untuk mempertahankan negara mereka sendiri dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.

5. Di sinilah kebijakan Shinzo Abe terserlah apabila beliau berjaya meluluskan terjemahan semula terhadap Article 9 yang memberikan kuasa lebih besar kepada Japan Self-Defence Forces (pasukan tentera alternatif) dalam mempertahankan kedaulatan Jepun di persada antarabangsa.

6. Kini Jepun tersenarai sebagai kuasa tentera ke-5 terkuat dunia selepas AS, Russia, China dan India. Jepun juga berada di tempat ke-6 dalam senarai negara yang paling banyak berbelanja untuk tujuan ketenteraan.

7. Pemimpin negara kita sebaliknya terlalu memberikan fokus terhadap kemajuan ekonomi sehingga mengabaikan kedaulatan tanah air. Contohnya membawa masuk ratusan bilion projek pembangunan dari China tanpa memikirkan kesan penjajahan ekonomi negara itu terhadap Malaysia.

8. Sri Lanka sebagai contoh telah menjadi mangsa. Kita jangan termasuk ke dalam perangkap yang sama!

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button