Berita Utama

Keluar kenyataan sensitif: Tok Mat dipanggil polis beri keterangan

Didakwa gagal mohon maaf kepada penganut Hindu dalam tempoh 24 jam

BANGI, 14 Zulhijjah 1443H, Khamis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan akan dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa tidak sensitif terhadap penganut agama Hindu.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai yang menjelaskan kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dibuka,

“Kita akan mengambil keterangan beberapa saksi lain sebelum memanggil Mohamad.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Terdahulu, Sayap Bersekutu BERSATU membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berikutan didakwa gagal memohon maaf kepada penganut agama Hindu dalam tempoh 24 jam.

Baru-baru ini, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat memenurusi wawancara Asia Times dikatakan merujuk kavadi sebagai ‘beban’ dalam menggambarkan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button