Berita Utama

Cemuh filem Mat Kilau dengan sentimen perkauman tindakan melampau

Tiada siapa pun terhasut dengan kebencian selepas menontonnya

BANGI, 14 Zulhijjah 1443H, Khamis – Tindakan pihak liberalis dan rasis mencemuh filem Mat Kilau dengan mengeluarkan komen berbaur perkauman, melulu dan memilih adalah melampau.

Hakikatnya tiada siapa pun terhasut dengan kebencian bahkan tiada dialog mahupun adegan yang menghasut tatkala menonton filem epik Melayu itu.

Berikutan itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia (MACSA), Lukman Sheriff Alias tidak menolak kemungkinan pihak yang memainkan naratif filem Mat Kilau rasis inilah yang sebenarnya rasis.

“Kalau tak suka tengok penentangan penduduk tempatan ketika itu terhadap British atas alasan kononnya tak inklusif, tidak mengapa dengan syarat mereka juga tak suka filem Hollywood dan China yang kebanyakannya tak inklusif.

“Kalau suka juga filem asing genre sejarah fiksyen genre Mat Kilau tetapi kondem Mat Kilau kononnya tak inklusif dan rasis, maka dia sebenarnya sudah rasis tegar,” katanya dalam kenyatan, hari ini.

Membidas lagi, beliau berkata, golongan itu pada hakikatnya bencikan cerita perjuangan Melayu, justeru mereka sepatutnya dicemuh.

“Untuk menolak gerakan rasis anti-Mat Kilau ini mudah. Kita jadikannya filem yang paling laris di Malaysia. Kalau capai RM100 juta terduduk mereka.

“Mereka mahu membenamkan mesej Mat Kilau jadi kita lawan mereka. Inilah perjuangan sedikit kita. Kita teguh suburi semangat Mat Kilau,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button