Berita Utama

Pelawak Rizal van Geyzel ditahan bagi bantu siasatan

Ditahan sekitar tengah hari tadi selepas beri keterangan

BANGI, 14 Zulhijjah 1443H, Khamis – Pelawak Rizal van Geyzel ditahan bagi membantu siasatan berkait tiga video yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Peguamnya Ramkarpal Singh berkata, pengasas bersama Crackhouse Comedy Club itu akan bermalam di lokap Dang Wangi.

“Dia ditahan sekitar tengah hari tadi selepas memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya seperti dipetik FMT, hari ini.

Rizal akan dibawa ke mahkamah pagi esok untuk perintah reman.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button