Berita UtamaDunia

Tentera British dilapor bunuh 54 orang awam di Afghanistan

Ketua pasukan khas UK sedar jenayah berlaku, tapi tak lapor pada polis tentera

KABUL, 14 Zulhijjah 1443H, Khamis – BBC dalam satu laporan mendedahkan Perkhidmatan Udara Khas British (SAS) secara tidak sah membunuh 54 orang awam di wilayah Helmand, Afghanistan dari tahun 2010 hingga 2011.

Laporan itu mendedahkan bahawa pegawai kanan British termasuk Ketua Pasukan Khas United Kingdom (UK), menyedari jenayah itu tetapi tidak melaporkannya kepada polis tentera.

Mangsa perang yang mencecah tempoh 20 tahun dan penyokong Afghanistan menuntut pampasan serta tanggungjawab ke atas kerugian mereka.

Sebelum ini, berpuluh-puluh laporan diterbitkan mendedahkan skandal dan pembunuhan oleh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) termasuk tentera Amerika Syarikat (AS) dan Australia.  

Secara keseluruhan, lebih 46 orang awam Afghanistan terbunuh dari 2001 hingga 2021.

Rakyat Afghanistan marah atas kemusnahan dua dekad NATO di negara mereka. 

Mereka juga menyeru keadilan untuk ratusan orang awam yang dibunuh oleh tentera pakatan pimpinan AS semasa kehadiran di Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button