Berita UtamaDunia

1,500 anggota keselamatan Palestin dikerah sempena lawatan Biden ke Bethlehem

Unit kejuruteraan bahan letupan juga dihantar

BETHLEHEM, 15 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Kira-kira 1,500 anggota keselamatan Palestin dikerahkan di Bethlehem untuk memastikan keselamatan lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke bandar yang diduduki itu, kata jurucakap polis Palestin, Louay Erzikat. 

Semua perkhidmatan keselamatan akan mengambil bahagian dalam memastikan lawatan Biden, jelasnya, termasuk 600 pegawai polis dan 70 kenderaan.  

Unit kejuruteraan bahan letupan juga dihantar, manakala jalan utama di Bethlehem telah ditutup selama beberapa jam sebelum dan semasa lawatan.

Gereja Nativity juga telah ditutup kepada pelancong selama beberapa jam.

Presiden AS dijadualkan tiba di Bethlehem dalam perarakan rasmi dari Baitulmaqdis sejurus sebelum tengah hari waktu tempatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button