Berita UtamaDunia

Gesa wujud Tribunal Khas hukum jenayah Russia ke atas Ukraine

Presiden Zetensky sanggup lakukan apa untuk dapat keadilan

KYIV, 15 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Presiden Volodymyr Zetensky menggesa tribunal khas dibentuk bagi menghukum Russia susulan jenayah perang yang dilakukan terhadap Ukraine.

Beliau merujuk kepada serangan peluru berpandu ke atas Ukraine termasuk membedil bandar Vinnytsia, semalam yang menyebabkan bangunan kediaman, pusat perubatan dan juga hub pengangkutan.

“Ini merupakan tindakan berani pengganas Russia, penduduk biasa tidak mampu berbuat demikian.

“Russia bertindak tanpa berfikir panjang, lapan peluru berpandu dan dua daripadanya meletup di bandar.

“Setakat ini 20 penduduk meninggal dunia, tiga daripada kanak-kanak dan sejumlah yang lain mengalami kecederaan,” katanya dalam ucapan berkenaan.

Beliau menegaskan sanggup melakukan apa sahaja sebagai menyokong tribunal khas bagi memastikan keadilan dan hukuman dapat dilakukan kepada mereka yang bertanggungjawab dalam perang terbesar di Eropah ini sejak Perang Dunia Kedua.

Zelensky berkata, pihaknya kini sedang merekod semua tindakan jenayah Russia dengan mengumpul semua bukti supaya boleh diterima di mahkamah.

“Prinsip hukuman yang tidak dapat dielakkan mesti digunakan dalam perkara ini dan ia hanya boleh dipastikan oleh Tribunal Khas mengenai pencerobohan terhadap Ukraine,” katanya.

Mac lalu, ICC melancarkan siasatan terhadap jenayah perang di Ukraine, hanya beberapa hari selepas Moscow memulakan pencerobohannya.

Mahkamah menganjurkan persidangan minggu ini yang menghimpunkan puluhan negara yang bersedia menyumbang kepada penyiasatan dan persiapan untuk mengumpul bukti.

“Kebenaran kini terbukti apabila kanak-kanak, warga emas dan semua penduduk hidup dalam ketakutan,” kata Pendakwa Raya ICC, Karim Khan.

Pautan berkaitan:
https://ismaweb.net/2022/07/14/20-maut-di-tengah-ukraine-akibat-dibedil-roket-russia/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button