Berita Utama

Yadim tubuh Skuad D’uat Siber, beri penjelasan penulisan persenda Islam

Akan gunakan pendekatan betul dan berhemah untuk elak pergaduhan

PUTRAJAYA, 15 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menubuhkan Skuad D’uat (para pendakwah) Siber dalam masa terdekat yang akan bertanggungjawab memberi penjelasan terhadap penulisan warganet yang mempersendakan Islam di media sosial, kata Yang Dipertuanya Nasrudin Hassan.

Tanpa meletakkan had umur, beliau berkata individu yang berilmu agama dan mempunyai kemahiran serta karakter sebagai pendakwah akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai anggota skuad di bawah seliaan yayasan itu.

“Idea untuk tubuhkan Skuad D’uat Siber ini timbul apabila saya lihat ada setengah individu yang ada ‘kemahiran’ untuk menjawab komen netizen (warganet) di media sosial dengan cara yang betul.

“Jadi Yadim akan kumpulkan mereka dalam satu pasukan untuk mainkan peranan menjawab komen persenda Islam dengan menggunakan pendekatan betul dan berhemah untuk elak pergaduhan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra Yadim Bersama Rakan Media di sini hari ini.

Ditubuhkan pada 1974, Yadim bertanggungjawab menyelaras aktiviti dakwah Islamiah menerusi pendekatan sosial serta melahirkan pendakwah Islam yang berpengetahuan dan berkemahiran. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button