Berita Utama

Harga RON97 kini RM4.72 seliter

Naik 2 sen bagi tempoh tengah malam hingga 15 Jun ini

BANGI, 8 Zulkaedah 1443H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen kepada RM4.72 seliter berbanding RM4.70 seliter bagi tempoh tengah malam ini hingga 15 Jun depan.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Kementerian berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter untuk diesel.

Harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Katanya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button