Dunia

Cuaca panas melampau, UK isytihar darurat

Suhu luar biasa dijangka capai tahap tinggi minggu depan

LONDON, 16 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Pejabat Meteorologi Britain mengisytiharkan situasi darurat selepas mengeluarkan amaran merah terhadap cuaca panas melampau di beberapa bahagian negara itu.

Met Britain dalam laman webnya memaklumkan, suhu panas luar biasa dijangka mencapai tahap tertinggi pada Isnin dan Selasa minggu depan.

“Suhu yang luar biasa mungkin memecahkan rekod, mungkin pada hari Isnin kemudian sekali lagi pada Selasa.

“Malam juga kemungkinan suhu sangat panas untuk UK, terutamanya di kawasan bandar. Ini berkemungkinan memberi kesan meluas pada orang ramai dan infrastruktur,” katanya.

Suhu tertinggi pernah direkodkan di Britain adalah 38.7 darjah Celsius di Taman Botani Universiti Cambridge pada 25 Julai 2019.

Awal minggu ini, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK) mengeluarkan amaran terhadap cuaca panas tahap tiga di beberapa bahagian negara itu, yang memerlukan perkhidmatan penjagaan sosial serta mengambil langkah tambahan bagi melindungi golongan terdedah.

Menurut laman web Met Britain, amaran merah pada tahap empat ditakrifkan sebagai gelombang haba paling teruk atau berpanjangan sehingga memberi kesan kepada sistem penjagaan kesihatan dan sosial.

Pada tahap ini, penyakit dan kematian mungkin berlaku dalam kalangan mereka yang cergas serta sihat, bukan hanya kepada kumpulan berisiko tinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button