Dunia

Joe Biden adakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi di Jeddah

Presiden AS itu akan menghadiri Sidang Kemuncak AS-Arab Saudi

JEDDAH, 16 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Presiden Joe Biden pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud di bandar Jeddah.

Biden tiba di Arab Saudi dari Israel sempena lawatan sulungnya ke negara Arab itu sejak menjadi presiden Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, lapor Agensi Anadolu.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah disambut oleh Emir Mekah, Khalid Al-Faisal.

Pada hari yang sama Biden turut bertemu Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman.

Biden akan menghadiri Sidang Kemuncak AS-Arab Saudi pada Sabtu yang turut disertai pemimpin negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Mesir, Iraq dan Jordan.

Lawatan Biden ke Arab Saudi adalah persinggahan terakhirnya. Sebelum ini beliau melawat Israel dan Tebing Barat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button