Berita UtamaDunia

Kanada perluas sekatan ke atas Russia, larang rakyat sedia pelbagai perkhidmatan

Lebih 1,070 individu dan entiti Russia dikenakan sekatan sejak Februari lalu

OTTAWA, 16 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Kanada memperluaskan lagi sekatan ke atas Russia berikutan ‘pelanggaran terhadap keamanan dan keselamatan sehingga mengakibatkan krisis antarabangsa yang serius’.

Amaran itu dikeluarkan menerusi laman web rasmi kerajaan khususnya melibatkan pindaan kepada Peraturan-peraturan Ekonomi Khas (Russia) dengan melarang penyediaan perkhidmatan minyak dan gas, bahan kimia serta pemprosesan industri ke Russia.

Menerusi arahan berkenaan adalah dilarang mana-mana individu di negara ini atau rakyat Kanada di luar negara menyediakan perkhidmatan kepada Russia atau penduduknya berkaitan pembuatan logam, produk rekaan logam kecuali komputer, mesin dan peralatan lain yang tidak diklasifikasi sebagai kenderaan bermotor atau kelengkapan peralatan kenderaan.

Berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine Februari lalu, Kanada telah melaksanakan sekatan terhadap lebih 1,070 individu dan entitinya.

Agensi periklanan dan perhubungan awam juga dilarang menjalankan kerja-kerja kepada firma gas dan minyak milik Russia sebagai sebahagian daripada gelombang sekatan baharu yang dikuatkuasakan 8 jun lalu.

Tindakan berkenaan dibuat sebagai memberi tekanan dan menyatakan kekesalan di atas perbuatan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Presiden Vladimir Putin.

Kanada dalam masa sama menyenarai hitam individu dan entiti berkaitan perundangan khususnya agensi berita propaganda Regnum dan Ketua Gereja Ortodok Russia, Vladimir Gundyayev yang juga dikenali sebagai Patriarch Kirill of Moscow. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button