Berita Utama

Pejabat Peguam Negara tolak semua tawaran penyelesaian oleh Jho Low: Idrus

Dalam percubaan itu wakil Jho Low berjumpa dengan pelbagai agensi kerajaan

KUALA LUMPUR, 16 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengesahkan bahawa ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low telah membuat percubaan untuk mencari penyelesaian dengan kerajaan berhubung pertuduhan keatasnya.

Bagaimanapun Idrus berkata semua tawaran itu ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata semua percubaan itu dibuat tahun ini menerusi wakil Jho Low.

“Dalam percubaan itu wakil-wakil Jho Low berjumpa dengan pelbagai agensi Kerajaan Malaysia, termasuk Pejabat Peguam Negara.

“Semua tawaran bagi penyelesaian berkenaan daripada wakil Jho Low ditolak oleh AGC,” katanya yang merujuk kepada laporan berita berhubung perkara itu.

Semalam media The Edge yang memetik sumber melaporkan Jho Low menawarkan RM1.5 billion kepada kerajaan bagi menyelesaikan pertuduhan terhadapnya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button