Berita Utama

Jemaah umrah meninggal dunia di KLIA

Pemeriksaan fizikal dapati tiada kesan mencurigakan

PUTRAJAYA, 4 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Seorang jemaah umrah wanita yang baharu pulang dari Tanah Suci meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, dipercayai akibat komplikasi darah tinggi.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Imran Abd Rahman ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada 1.10 tengah hari semalam.

Kejadian berlaku di laluan Gate 12 KLIA untuk pesawat MH8021.

Beliau berkata, pemeriksaan fizikal terhadap wanita berusia 53 tahun itu mendapati tiada kesan mencurigakan dan berdasarkan maklumat, wanita berkenaan menghidap penyakit darah tinggi.

“Jenazah wanita itu dihantar ke Hospital Serdang dengan diiringi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) KLIA kira-kira 2.30 petang,” katanya.

Tular menerusi media sosial wanita berkenaan didakwa pengsan dan rebah sejurus keluar dari pintu pesawat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button