Berita Utama

Tindakan tegas jika anjur ‘flashmob’, perhimpunan haram

PDRM pantau, pastikan situasi keselamatan negara tak terjejas

BANGI, 16 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan masyarakat untuk tidak menyertai sebarang aktiviti ‘flashmob’ atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ini susulan PDRM mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti ‘flashmob’ di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas akan diambil oleh PDRM terhadap mana-mana penganjur ‘flashmob’ mahupun perhimpunan atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang.

“PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas.

“Pada masa sama, masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button