Berita UtamaDunia

UAE peruntuk dana AS$817 juta sokong sektor angkasa

'Sirb' projek pertama dana akan dilancarkan

DUBAI, 17 Zulhijjah 1443H, Ahad – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan dana tiga bilion dirham (AS$817 juta) bagi menyokong program angkasa lepas dan inisiatif baharu untuk membangunkan satelit radar.

Menerusi satu tweet, Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengumumkan dana pelaburan dan pembangunan nasional baharu bernilai AS$817 juta untuk sektor angkasa, The National Space Fund.

“Penubuhan dana khusus untuk menyokong program angkasa lepas UAE sedang berkembang dan pelancaran inisiatif baharu untuk membangunkan satelit radar.

“Ia dijangka mengembangkan keupayaan kami yang semakin meningkat dalam sektor penting ini sambil mempercepatkan inovasi dalam kelestarian alam sekitar,” katanya.

Projek pertama dana yang akan dilancarkan ke angkasa lepas ialah buruj satelit penderiaan jauh termaju menggunakan teknologi radar bagi menyediakan keupayaan pengimejan yang tiada tandingan.

Buruj itu akan dinamakan Sirb, istilah Arab untuk sekawan burung.

Sementara itu, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum berkata, dana itu bertujuan untuk menyokong penubuhan syarikat nasional dalam sektor angkasa dan meningkatkan projek strategik serta penyelidikan negara.

Katanya, projek Sirb bertujuan bagi membangunkan daya saing negara dalam sektor angkasa lepas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button