Berita UtamaDunia

Biden gagal wujud perjanjian bekalan minyak di Sidang Kemuncak AS-Arab

Riyadh tak akan tingkatkan pengeluaran minyak sekali gus

JEDDAH, 17 Zulhijjah 1443H, Ahad – Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke Arab Saudi tidak berjaya mewujudkan perjanjian untuk meningkatkan bekalan minyak, pada Sidang Kemuncak AS-Arab Saudi. 

Biden memberitahu pemberita, hanya sedikit kemajuan telah dicapai untuk menandatangani perjanjian minyak, walaupun usaha gigihnya untuk membuatkan kerajaan kaya minyak itu meningkatkan pengeluaran di tengah-tengah rekod harga gas yang tinggi.

“Saya melakukan semua perkara bagi meningkatkan bekalan untuk Amerika Syarikat,” kata Biden selepas pertemuannya dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Abdulaziz Al-Saud dan anaknya Mohammed bin Salman, yang merupakan pemerintah de facto kerajaan itu.

“Orang Saudi berkongsi kepentingan itu dan berdasarkan perbincangan hari ini, saya menjangkakan kita akan melihat langkah selanjutnya beberapa minggu akan datang,” kata presiden AS itu.

Penasihat keselamatan negara AS, Jake Sullivan mengesahkan pada hari Jumaat bahawa Washington tidak berfikir Riyadh akan meningkatkan pengeluaran minyak sekali gus dan menunggu keputusan mesyuarat OPEC+ pada 3 Ogos.

“Saya tidak fikir anda harus mengharapkan pengumuman tertentu di sini secara dua hala.

“Ini kerana kami percaya sebarang tindakan lanjut yang diambil untuk memastikan terdapat tenaga yang mencukupi untuk melindungi kesihatan ekonomi global, ia akan dilakukan dalam konteks OPEC+,” kata Sullivan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button