Berita Utama

Lelaki hina Nabi, cabar NGO bunuh dirinya ditahan polis

Hambur kata-kata kesat pada agama Islam dalam video 36 saat

PUCHONG, 17 Zulhijjah 1443H, Ahad – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muzil Juling ditahan polis ekoran tindakan biadabnya menghina agama Islam.

Dalam satu video tular berdurasi 36 saat, dia melabelkan Allah, Nabi Muhammad ﷺ dan agama Islam dengan perkataan kesat.

Dia dipercayai berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Persatuan Semboyan Malaysia dan NGO Islam lain yang bertindak menyelar pasangan menghina agama Islam di Crackhouse Comedy Club Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, dia turut mencabar (NGO) untuk terus membunuhnya atas kelantangannya bersuara.

Lelaki tersebut dipercayai ditahan di sekitar kawasan Puchong, Selangor dan berita penahanan suspek kini tular di media sosial.

Sementara itu, difahamkan individu itu turut dibelasah sekumpulan individu yang berang dengan perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh PU Syed di Facebook, lelaki terbabit mengalami pendarahan di bahagian muka dan kedengaran beberapa suara individu memberi amaran agar dia tidak mengulangi perbuatannya itu lagi.

“Sekarang kau pergi balai dan cakap dengan polis apa yang kau dah buat. Agama jangan buat main, kau orang apa? Kau agama apa? Siapa yang ada kat rumah kau?,” demikian pertanyaan dari kumpulan berkenaan namun tidak dijawab individu tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button