Berita UtamaDunia

Pakar PBB gesa Israel bebas tahanan kanak-kanak Palestin, Ahmed Manasra

Ditahan sejak umur 14 tahun, alami masalah mental serius

RAMALLAH, 17 Zulhijjah 1443H, Ahad – Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israe segera membebaskan tahanan Palestin, Ahmed Manasra, 20, yang ditahan sejak usia 14 tahun dan mengalami masalah kesihatan mental yang serius.

“Pemenjaraan Ahmad hampir enam tahun telah meragut masa kanak-kanak, persekitaran keluarga, perlindungan, dan semua hak yang sepatutnya dijamin sebagai seorang kanak-kanak,” lapor laman web PBB.

Keadaan mentalnya semakin merosot, adalah noda kepada kita semua sebagai sebahagian daripada komuniti hak asasi manusia antarabangsa, tambah pakar itu.

Pakar itu termasuk Francesca Albanese, pelapor khas mengenai situasi hak asasi manusia di Wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, dan Fionnuala Ní Aoláin, pelapor khas mengenai promosi dan perlindungan hak asasi manusia dan kebebasan asasi sambil menentang keganasan.

Selain itu, mereka termasuk E. Tendayi Achiume, pelapor khas mengenai rasisme bentuk kontemporari, diskriminasi kaum, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan dan Tlaleng Mofokeng, pelapor khas mengenai hak untuk kesihatan.

“Adegan menyayat hati seorang kanak-kanak apabila tulang patah terbaring di atas tanah – disoal siasat secara ganas melanggar norma dan prinsip hak asasi manusia mengenai penangkapan dan penahanan kanak-kanak, terus menghantui hati nurani kami.

“Kepada Ahmed kami, kami kesal kerana gagal melindungi anda,” kata pakar itu.

Pada 2015, Ahmed yang ketika itu berusia 13 tahun dan sepupunya yang berusia 15 tahun dituduh menikam dua warga haram Israel di penempatan Pisgat Ze’ev di Tebing Barat yang diduduki, jelas laman web PBB.

Sepupunya mati ditembak di tempat kejadian, manakala Ahmed dilanggar sebuah kereta dan mengalami kecederaan serius di kepala manakala penduduk haram Israel mengejeknya.

Berikutan penahanannya, rakaman video, disebarkan secara meluas di media, menunjukkan Ahmed yang ketika itu masih kanak-kanak tertekan diperlakukan dengan kasar dan disoal siasat tanpa kehadiran ibu bapa atau wakil sahnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button