Berita UtamaDunia

Peneroka haram Israel ceroboh Masjid al-Aqsa

Masuk secara berkumpulan, lakukan ritual di bawah perlindungan polis

BAITULMAQDIS, 17 Zulhijjah 1443H, Ahad – Puluhan peneroka haram Israel memecah masuk ke dalam perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki dan melakukan ritual di beberapa halaman masjid.

Wartawan WAFA berkata, puluhan peneroka Israel memasuki tapak suci itu secara berkumpulan dan melakukan ritual dan sembahyang Talmud di sana di bawah perlindungan pegawai polis Israel.

Wakaf Islam, pihak berkuasa Jordan yang menjaga tapak suci di Baitulmaqdis, telah berulang kali menyifatkan kehadiran peneroka di Masjid al-Aqsa sebagai provokatif.

Katanya, jemaah dan pengawal Palestin di al-Aqsa berasa tidak selesa dengan kehadiran polis Israel dan peneroka melawat tapak suci Islam.

Israel menawan Baitulmaqdis Timur – di mana terletaknya Masjid al-Aqsa – ketika Perang Enam Hari pada 1967 dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button