Berita Utama

‘Jangan jadi kurang ajar pertikai filem Mat Kilau’

Kata rasis sana sini, siapa paling rasis kalau bukan bangsa ultra kiasu?

BANGI, 18 Zulhijjah 1443H, Isnin – Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengecam tindakan ultra kiasu mempertikaikan filem Mat Kilau selain mendakwanya sebagai rasis.

Beliau berkata, sejarah membuktikan yang rata-rata terkorban dan berkorban mempertahankan serta memperjuangkan Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua adalah orang Melayu begitu juga Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Ada dengar nama-nama Sikh, India dan Cina terkorban pada era kebangkitan nasionalisme dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sebelum Perang Dunia Kedua? Siapa yang berputih mata, siapa yang mengaut keuntungan?

“Sebab itu jangan jadi kurang ajar mempertikaikan filem Mat Kilau. Kata rasis sana, rasis sini. Siapa yang paling rasis kalau bukan bangsa kamu ultra kiasu?” katanya.

Pada masa sama, beliau mendakwa tidak pernah mendengar suara pihak berkenaan mempertikaikan tindakan pelawak yang menghina Islam meskipun dilakukan oleh bangsa mereka sendiri.

“Kamu turut bersetuju dengan bersekongkol dengan bangsa kamu.

“Malah, kamu sanggup membela mereka dan mengumpul duit untuk memberi jaminan agar mereka dibebaskan dari lokap. Kena pada orang lain, kamu diam, kena pada kamu, riuh rendah satu Malaysia.

“Saya tidak boleh gambarkan jika agama kamu yang dihina oleh orang Islam melalui komedinya. Sudah tentu bagai nak kiamat Malaysia ini,” katanya sinis.

Prof Ridhuan Tee turut mengingatkan ultra kiasu teramat beruntung kerana toleransi Melayu dan Bumiputera menerima mereka seadanya tanpa mempertikaikan latar belakang.

“Paling kamu kena bersyukur, Melayu (Bumiputera) langsung tidak mengasimilasikan kamu seperti mana yang berlaku di Thailand dan Indonesia. Kamu terus kekal dengan identiti kamu, bahasa kamu, sekolah kamu. Malah serban kamu jauh lebih besar daripada serban bangsa asal di sini.

“Bandingkan dengan Indonesia dan Thailand, mereka diberikan kata dua, mahu tinggal di sini, jadi orang sini, jika tidak angkat kaki balik. Kamu sedar atau tidak!” tegasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button