Dunia

Nigeria diancam wabak demam kuning, sudah ragut 76 nyawa

Demam, sakit kepala, penyakit kuning antara gejala dikesan

LAGOS, 28 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Wabak demam kuning telah membunuh sekurang-kurang 76 nyawa di tiga negeri di Nigeria dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini.

Menurut pegawai kesihatan tempatan, 35 kematian dilaporkan di negeri Delta, 33 lagi di Enugu dan lapan kematian di Bauchi antara 1 hingga 11 November lalu.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Nigeria, Chikwe Ihekweazu berkata, kira-kira 222 kes disyaki dijangkiti, sementara 19 telah disahkan dari tiga negeri dalam tempoh berkenaan. 

Ihekweazu berkata, kebanyakan kes adalah lelaki berusia antara satu hingga 55 tahun dengan bergejala seperti demam, sakit kepala, lesu, penyakit kuning, sakit perut, muntah atau kencing berdarah. 

Bimbang terus merebak, pejabat kesihatan telah menjalankan latihan vaksinasi bagi mengekang wabak itu. 

Demam kuning kebanyakannya disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk. 

Penyakit ini dapat dicegah dengan satu satu dos vaksin demam kuning, yang akan melindungi imuniti badan seumur hidup. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button