Berita Utama

Jualan Lebih Murah Keluarga Malaysia diperluas lebih 600 kawasan

Tumpu penjualan produk utama dengan harga 20 peratus lebih rendah

KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1443H, IsninProgram Jualan Lebih Murah Keluarga Malaysia akan  dilaksanakan mulai bulan hadapan hingga akhir tahun ini dengan tawaran barang keperluan yang dijual dengan harga lebih rendah berbanding Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sebelum ini.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata, program jualan yang akan melibatkan lima kementerian itu juga diperluaskan ke 613 kawasan seluruh negara berbanding 222 kawasan sebelum ini.

“Manakala kekerapannya, jika sebelum ini ia dijalankan dua kali sebulan tetapi kali ini ia akan dilaksanakan sebanyak empat kali sebulan melibatkan 2,400 premis terpilih,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen, hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata empat lagi kementerian akan menyertai  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penngguna (KPDNHEP) bagi pelaksanaan program ini iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Katanya program ini akan menumpukan penjualan produk utama seperti telur, ayam dan minyak masak dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. – Bernama

 

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button