Dunia

Israel tangkap 14 rakyat Palestin di wilayah dijajah

Sekat kereta, tahan bekas Datuk Bandar al-Doha

RAMALLAH, 18 Zulhijjah 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin ditahan pasukan penjajah Israel dalam serbuan hari ini dan malam tadi yang dilakukan di seluruh wilayah diduduki.

Menurut sumber tempatan, askar Israel menahan tiga pemuda dan seorang gadis, Ghadeer Abu Hammad di bandar Hebron selatan Tebing Barat.

Di bandar berdekatan Dura, askar pengganas Israel turut menangkap dua yang lain.

Tentera juga menahan bekas Datuk Bandar al-Doha di daerah Bethlehem dan dua yang lain selepas menyekat kereta mereka berhampiran perkampungan Wad Foukin.

Di Ramallah, tentera menyerbu kem pelarian Jalazon utara bandar dan menangkap tiga penduduk Palestin.

Sementara di daerah Nablus, seorang pemuda Palestin ditangkap tentera Istael selepas rumah keluarganya di bandar Beita diserbu.

Malah, pagi ini pasukan tentera menahan seorang lelaki selepas menyerbu rumahnya di kejiranan Silwan di Baitulmaqdis Timur. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button