Kolumnis

Jika tidak suka dengan sejarah perjuangan Melayu dan Bumiputera, baliklah ke negara asal kamu

Sifat ultra kiasu, tak sedar diri dan tidak sedar dek untung hanya akan memakan diri kamu sendiri

LAMA saya termenung memikirkan, melihat betapa ramainya ultra kiasu mempertikaikan filem Mat Kilau. Paling tidak berguna, apabila mengatakan filem ini rasis. Rasis kepala bapak kamu?

Jika ultra kiasu Sikh merasa bangsanya ada tokoh pejuang seperti Mat Kilau di negara ini, filemkanlah. Begitu juga, jika ultra kiasu India merasakan bangsanya ada tokoh pejuang seperti Mat Kilau, filemkanlah. Seterusnya, jika ultra kiasu Cina merasakan bangsanya ada tokoh pejuang seperti Mat Kilau, filemkanlah. Saya secara peribadi, sangat teruja untuk menontonnya.

Sejarah membuktikan yang rata-rata terkorban dan berkorban mempertahankan dan memperjuangkan Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua adalah orang Melayu yang mempertahankan Tanah Melayu. Begitu juga Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Ada dengar nama-nama Sikh, India dan Cina terkorban pada era kebangkitan nasionalisme dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sebelum Perang Dunia Kedua? Siapa yang berputih mata, siapa yang mengaut keuntungan?

Sebab itu jangan jadi kurang ajar mempertikaikan filem Mat Kilau. Kata rasis sana, rasis sini. Siapa yang paling rasis kalau bukan bangsa kamu ultra kiasu?

Jika kamu tidak suka dengan sejarah negara ini, saya cadangkan eloklah tinggalkan negara ini. Pergilah ke negara yang sejarahnya menepati kehendak kamu. Kembalilah ke negara asal masing-masing.

Wahai ultra kiasu! kamu selaku orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera teramat beruntung, kerana toleransi Melayu (Bumiputera) menerima kamu seadanya, tanpa mempertikaikan latar belakang asal usul kamu. Paling kamu kena bersyukur, Melayu (Bumiputera) langsung tidak mengasimilasikan kamu seperti mana yang berlaku di Thailand dan Indonesia. Kamu terus kekal dengan identiti kamu, bahasa kamu, sekolah kamu. Malah serban kamu jauh lebih besar daripada serban bangsa asal di sini.

Bandingkan dengan Indonesia dan Thailand, mereka diberikan kata dua, mahu tinggal di sini, jadi orang sini, jika tidak angkat kaki balik. Kamu sedar atau tidak! Katakanlah kamu kamu dibiarkan balik ketika itu, belum tentu kami dan generasi boleh hidup sehingga ke hari ini. Kamu jadi selamat, kerana dibenarkan tinggal di sini, oleh kemurahan hati Melayu dan Bumiputera.

Satu lagi, ketika British membawa kami ke mari untuk terus hidup dan mencari rezeki. Andainya kamu tidak dibawa British ke mari, mungkin kamu tidak hidup lagi. Kamu terkorban di negara asal sendiri. Justeru, bersyukurlah.

Agar kamu lebih bersyukur, cuba kamu banding tindakan bangsa kamu terhadap umat Islam di India (Punjab) dan di China. Adakah mereka dapat hidup aman sentosa di negara mereka sendiri? Saban hari mereka dibunuh, dianiaya dan dibunuh. Itulah kekejaman bangsa kamu. Sehingga orang Islam tidak boleh menyembelih dan memakan lembu di negara sendiri. Pada hari raya korban yang baharu berlalu, umat Islam di India tidak dibenarkan melakukan korban lembu. Betapa jahatnya bangsa kamu terhadap umat Islam.

Pernahkah umat Islam lakukan perkara sebegini terhadap kamu di sini. Malah, umat Islam di sini, benarkan kami membina kuil-kuil haram di tanah yang bukan menjadi hak kamu. Boleh dikatakan semua kuil didirikan di tanah kerajaan yang bukan menjadi milik kamu. Bilanganya berganda melebihi masjid dan surau.

Bangsa Melayu dan Bumiputera, bukan sahaja kamu dilayan dengan begitu baik, malah kamu diterima seperti saudaranya sendiri. Langsung kamu tidak dijentik. Malah kamu boleh membina empayar kekayaan sendiri, meskipun Melayu dan Bumiputera itu tidak kaya. Mana kamu mahu cari bangsa sebaik ini di dunia ini

Sebab itulah saya ingin mengingatkan kamu, jangan jadi bangsa yang kurang ajar. Keceluparan kamu nanti akan memakan diri sendiri.

Saya adalah juga bukan Melayu, bukan Bumiputera, tetapi saya diajar untuk menghormati kebaikan dan kemurnian hati sebuah bangsa yang bernama Melayu. Dalam budaya bangsa saya sendiri mengajar saya menghormati bangsa lain dan agama lain yang baik dengan kita, terutama peribumi.

Satu lagi perkara saya ingin peringatkan selain filem Mat Kilau yang kamu pertikaikan. Saya tidak pernah dengar suara kamu pertikaikan komedi menghina Islam yang dilakukan oleh bangsa dalam kalangan kamu sendiri. Kamu turut bersetuju dengan bersekongkol dengan bangsa kamu.

Malah, kamu sanggup membela mereka dan mengumpul duit untuk memberi jaminan agar mereka dibebaskan dari lokap. Kena pada orang lain, kamu diam, kena pada kamu, riuh rendah satu Malaysia.

Saya tidak boleh gambarkan jika agama kamu yang dihina oleh orang Islam melalui komedinya. Sudah tentu bagai nak kiamat Malaysia ini.

Hakikatnya, orang Islam di negara tidak pernah menghina agama kamu kerana itu adalah perintah al-Quran. Kenapa kamu sangat kurang ajar menghina agama Islam? Jika ada pun orang Islam yang ada sedikit celupar mungkin menyinggung agama kamu, itu pun masih dibahaskan dalam konteks akademik, bukan dengan sengaja menghina seperti mana bangsa kamu lakukan.

Justeru, saya ingin mengingatkan kamu sekali lagi, terimalah hakikat bahawa sesungguhnya perjuangan mempertahankan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak daripada cengkaman penjajah sebelum Perang Dunia Kedua, bukan kamu. Tetapi adalah Melayu dan Bumiputera.

Jika ada dalam kalangan kamu tokoh setanding dengan Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela dan lain-lain, sila kemukakan nama-nama mereka, terutama mereka yang beragama Sikh. Singh manakah yang menjadi tokoh perjuangan kebangkitan nasionalisme pada era akhir 1800 dan awal 1900?

Jika kamu tidak ada tokoh itu, lebih baik kamu diam daripada menyakiti hati-hati Melayu dan Bumiputera.

Percayalah selepas ini, pasti ada muncul lagi filem-filem sebegini yang akan menonjolkan kehebatan Melayu dan Bumiputera. Sama juga sepertimana bangsa kamu di negara asal kamu, menonjol tokoh lagenda seperti Wong Fei Hung, Ip man dan Singh Singh yang lain. Jika di China, ditonjolkan tokoh Cina, begitu juga di India, maka salahkah orang Melayu menonjolkan tokoh Melayu di bumi Melayu sendiri?

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button