Dunia

Pemangku Presiden Sri Lanka isytihar darurat baharu

Dalam usaha elak pergolakan menjelang undi Presiden di Parlimen

COLOMBO, 18 Zulhijjah 1443H, Isnin – Pemangku Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mewartakan perintah darurat dalam usaha mengelakkan pergolakan menjelang proses pengundian di Parlimen bagi memilih Presiden baharu pada akhir minggu ini.

Pemimpin Sri Lanka telah mengenakan perintah darurat beberapa kali sejak April, apabila bantahan awam berlaku terhadap pengurusan kerajaan mengendalikan krisis ekonomi yang semakin meruncing di negara itu.

Pemberitahuan darurat yang diumumkan pada Ahad itu menegaskan, langkah berkenaan adalah wajar demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam selain penyelenggaraan perkhidmatan penting untuk masyarakat.

Wickremensinghe telah mengumumkan perintah darurat minggu lalu, selepas bekas Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri daripada pemberontakan rakyat terhadap kerajaannya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perintah itu telah ditarik balik mahupun luput, atau Wickremesinghe mengeluarkan semula arahan tersebut dalam kapasitinya sebagai pemangku Presiden setelah mengangkat sumpah pada 15 Julai lalu.

Peruntukan undang-undang khusus darurat terkini masih belum diumumkan oleh kerajaan, tetapi peraturan darurat sebelum ini digunakan untuk mengerah tentera menangkap, menggeledah harta persendirian serta meredakan bantahan awam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button