Berita Utama

Tengku Zafrul nafi dakwaan hutang Malaysia kedua tertinggi selepas Sri Lanka

Paras hutang negara 63.4 peratus daripada KDNK

BANGI, 19 Zulhijjah 1443H, Selasa – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyangkal dakwaan seorang pengguna Twitter kononnya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran berhubung keadaan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, dakwaan bahawa IMF mengeluarkan kenyataan amaran mengenai keadaan ekonomi negara serta hutang Malaysia kedua tertinggi di Asia selepas Sri Lanka adalah palsu.

“Saya harap #KeluargaMalaysia tidak mudah percaya dengan maklumat tidak sah,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Tengku Zafrul turut memuatnaik tangkap layar laporan IMF yang yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Dalam kalangan negara Asia, Malaysia berada di kedudukan kelapan dengan paras hutang 63.4 peratus daripada keluaran negara kasar (KDNK) sementara Sri Lanka di kedudukan ketiga.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button