Berita UtamaDunia

Turki ugut NATO patuhi syarat, ancam beku keanggotaan Sweden dan Finland

Dakwa 2 negara itu sokong kumpulan pengganas diharamkan Turki

ANKARA, 19 Zulhijjah 1443H, Selasa – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menuntut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mematuhi syarat Ankara sambil memperbaharui ancamannya untuk membeku keanggotaan Sweden dan Finland bagi menyertai pakatan ketenteraan berkenaan.

Ketika sidang kemuncak di Madrid bulan lalu, Erdogan menuduh negara Scandinavian tersebut menyediakan perlindungan kepada kumpulan militan Kurdish yang diharamkan.

“Saya mahu mengulangi sekali lagi untuk kami membekukan proses keanggotaan sekiranya dua negara berkenaan tidak memenuhi langkah yang telah ditetapkan,” katanya semalam.

Erdogan pada masa sama menegaskan Sweden tidak mempunyai imej yang baik dalam isu berkenaan.

Bulan ini NATO memulakan prosedur penyertaan kepada Sweden dan FInland selepas tergantung berikutan keputusan Turki yang menghalang penyertaan mereka.

Erdogan sebelum ini mendakwa kedua-dua negara tersebut menyokong keganasan dan melindungi militan yang dikehendaki oleh Ankara atas tuduhan keganasan.

Sementara itu di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Ned Price langsung tidak menyentuh kenyataan berkenaan namun merujuk kelulusan Turki semasa Sidang Kemuncak NATO kepada keahlian baharu.

“Turki, Finland, Sweden — mereka telah menandatangani memorandum tiga hala di Madrid bagi menggerak penyertaan ini,” kata Price.

Hujung Mac lalu, Turki mengancam untuk melancarkan serangan bagi mewujudkan zon keselamatan di sepanjang sempadan yang dikuasai militan yang melancarkan pemberontakan. – Agensi.

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2022/06/29/turki-akhirnya-sokong-sweden-finland-sertai-nato/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button