Berita UtamaDunia

Aktivis wanita Palestin dilarang memasuki Masjid al-Aqsa

Bukan kali pertama ditahan dalam siri larangan berterusan sejak 2011

BAITULMAQDIS, 19 Zulhijjah 1443H, Selasa – Seorang aktivis wanita Palestin dilarang memasuki Masjid al-Aqsa untuk tempoh seminggu dalam beberapa siri larangan yang berterusan sepanjang tahun oleh tentera pengganas negara haram Israel, lapor sumber tempatan.

Khadija Khweis, seorang ibu kepada lima cahaya mata dari al-Tur, kejiranan di Timur Baitulmaqdis ditahan pasukan keselamatan rejim Zionis ketika berada berhampiran salah satu pintu masuk utama ke Masjid al-Aqsa.

Selepas beberapa jam disoal siasat dan ditahan di balai polis di sini, wanita berusia 45 tahun itu kemudian dibebaskan.

Bagaimanapun dengan syarat wanita berkenaan tidak dibenarkan memasuki kawasan Masjid al-Aqsa sepanjang tempoh seminggu ini.

Khadija merupakan seorang daripada aktivis yang aktif di Masjid al-Aqsa dan dia telah beberapa kali dilarang untuk memasuki kawasan berkenaan.

Kali pertama wanita cekal itu dilarang memasuki masjid berkenaan ialah pada 2011, iaitu dalam tempoh beberapa hari serta bulan dan jumlah keseluruhan larangan adalah selama lapan tahun.

Dia juga bukan sahaja dilarang untuk memasuki kawasan masjid berkenaan tetapi juga dilarang melancong ke luar negara selain terpaksa berjauhan dengan suaminya dan meninggalkan kediamannya di al-Tur.

Malah, khadija juga perlu berpindah ke Tebing Barat berikutan tidak mempunyai surat pemastautin di Timur Baitulmaqdis. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button