Berita Utama

Individu 50 tahun ke atas kini boleh terima dos penggalak kedua

Boleh tempah janji temu melalui aplikasi MySejahtera, klinik terdekat

BANGI, 20 Zulhijjah 1443H, Rabu – Semua individu berusia 50 tahun ke atas kini boleh menerima dos penggalak kedua COVID-19, meskipun sihat dan tidak tergolong sebagai individu berisiko tinggi.

Selain individu berusia 50 tahun ke atas, antara golongan lain yang disarankan untuk mendapatkan dos penggalak kedua adalah petugas barisan hadapan dan individu berisiko tinggi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak kedua boleh diambil sekurang-kurangnya enam bulan daripada suntikan ‘booster’ pertama.

“Penduduk Malaysia berusia 50 tahun ke atas boleh menempah janji temu untuk booster kedua melalui aplikasi MySejahtera.

“Anda juga boleh melayati laman web vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk mendapatkan senarai fasiliti kesihatan swasta yang memberikan booster kedua,” katanya.

Beliau berkata, individu terbabit juga boleh menghubungi klinik berdekatan untuk membuat janji temu.

Pada masa sama, Khairy turut menggesa individu yang masih belum mendapatkan dos penggalak pertama untuk segera berbuat demikian.

“COVID-19 masih ada dan COVID masih bahaya. COVID boleh mengancam nyawa terutama orang tua dan orang yang ada penyakit kronik.

“Kes COVID-19 kini sedang meningkat semula. Ramai yang tidak dijangkiti COVID sepanjang dua tahun lepas kini sudah dijangkiti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button