Berita UtamaDunia

Mahkamah Zionis jatuh hukuman penjara 16 tahun ke atas penduduk Palestin

Didakwa bersubahat pindah dana kepada pergerakan Hamas

RAMALLAH, 20 Zulhijjah 1443H, Rabu – Selepas menghabiskan masa enam tahun sebagai tahanan dan lebih 160 kali perbicaraan, Mahkamah Daerah Beersheba menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas seorang rakyat Palestin.

Menurut Pusat Tahanan Palestin (PPS), Mohammad Halabi didakwa memindahkan sejumlah dana kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) walaupun lelaki tersebut menafikan dakwaan berkenaan.

Peguam kepada Halabi berkata, PPS akan menuntut untuk pembebasan segera lelaki berusia 44 tahun itu yang merupakan Pengarah World Vision di Gaza.

Halabi ditahan pada 15 Jun 2016 selepas kembali ke Gaza dari Baitulmaqdis berikutan menghadiri mesyuarat rasmi bagi World Vision.

PPS dalam masa sama menyifatkan, hukuman penjara selama 16 tahun terhadap Halabi sebagai tindakan politik dan menyerlahkan sikap dendam rejim Zionis selain merupakan tamparan kepada sistem perundangan antarabangsa.

“Hari ini, semua pekerja-pekerja kemanusiaan berisiko dengan penahanan selain berdepan pertuduhan besar kerana mereka memainkan peranan kemanusiaan,” kata PPS.

Malah, PPS mendakwa apa yang berlaku kini disebabkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa dengan membiarkan jenayah berterusan terhadap rakyat Palestin sejak sekian lama.

Dalam masa sama, Amnesty International dan World Vision menolak hukuman yang dikenakan ke atas Halabi dan menegaskan lelaki berkenaan sebagai tidak bersalah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button