Berita UtamaDunia

Pasukan keselamatan Lubnan serbu bank pusat tapi gagal tahan gabenor

Riad Salameh berdepan tuduhan pengubahan wang haram, penyelewengan

BEIRUT, 20 Zulhijjah 1443H, Rabu – Pasukan keselamatan Lubnan menyerbu bank pusat di ibu negara Beirut untuk mencari gabenor Riad Salameh.

Menurut seorang wartawan Anadolu Agency, pasukan keselamatan juga menggeledah rumah Salameh di utara Beirut namun tidak menemuinya.

Serbuan itu dibuat atas perintah kehakiman yang dikeluarkan terhadap gabenor sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tuduhan pengubahan wang haram dan dakwaan lain.

“Kami diarahkan oleh pendakwa raya di Beirut untuk pergi,” kata Hakim Ghada Aoun kepada pemberita selepas serbuan itu.

Pada Februari lalu, Aoun mengeluarkan waran tangkap terhadap Salameh selepas beliau menolak tiga kali untuk hadir di hadapannya bagi sesi soal siasat.

Salameh – yang telah memegang jawatannya selama lebih 28 tahun – berdepan tuduhan pengubahan wang haram dan penyelewengan di tengah-tengah krisis ekonomi di Lubnan.

Sejak akhir 2019, Lubnan bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk, termasuk susut nilai mata wang yang besar serta kekurangan bahan api dan perubatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button