Dunia

Pesawat perang Israel bedil lagi Semenanjung Gaza

Tiga peluru berpandu dilepaskan tapi tiada kecederaan dilapor

RAMALLAH, 20 Zulhijjah 1443H, Rabu – Pesawat perang negara haram Israel membedil beberapa kawasan di bandar Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza yang dikepung pada Selasa.

Menurut agensi berita WAFA, jet pejuang itu melepaskan sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu sehingga memusnah beberapa tapak bandar itu.

Kepulan asap tebal dan kebakaran dilihat berlaku, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.

Terdahulu pada Sabtu, pesawat pejuang rejim Zionis menyerang beberapa sasaran di bahagian berlainan di wilayah dikepung itu, kononnya sebagai tindak balas terhadap tembakan roket dari Gaza ke selatan Israel.

Dua juta rakyat Palestin tinggal di Semenanjung Gaza – yang dikenakan sekatan oleh pengganas Israel – telah melumpuhkan wilayah berkenaan selama 12 tahun, selain serangan berulang telah memusnahkan banyak infrastruktur di kawasan itu.

Gaza kekal di bawah penjajahan kawalan jauh dan pengepungan ketat yang telah memusnahkan ekonomi tempatan dan menyekat sumber pendapatan penduduknya sehingga menyebabkan kadar pengangguran serta kemiskinan di wilayah itu.

Pengepungan negara pengganas Israel menyebabkan Gaza tidak mempunyai kawalan ke atas sempadan, perairan atau ruang udaranya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button