Berita Utama

Bas ekspres dua tingkat bawa 25 penumpang terbalik

Bomba bertindak pecahkan tingkap hadapan bas untuk keluarkan mangsa

KUALA LUMPUR, 21 Zulhijjah 1443H, Khamis –  Seramai 25 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di susur Jalan Damansara menuju Bangsar, tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada pukul 12.17 tengah malam dan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat  Hang Tuah dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak.

“Bomba bertindak memecahkan tingkap hadapan bas untuk mengeluarkan kesemua 26 mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bas berkenaan telahpun dialih pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kesemua mangsa terlibat hanya mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur di sini, bagi menjalani pemeriksaan lanjut. – Bernama

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button