Berita Utama

Perlis akan teliti undang-undang sebelum tutup kedai judi

Belum bincang langkah haramkan premis judi

KANGAR, 9 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Perlis akan meneliti sudut undang-undang sebelum mengambil langkah menutup kedai perjudian 4D di negeri ini.

Ini berikutan negeri jiran Kedah yang mengumumkan bahawa ia tidak lagi memperbaharui lesen kedai permainan 4D mulai 1 Januari.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli juga berkata, setakat ini Perlis masih belum membincangkan sebarang langkah ke arah mengharamkan kedai perjudian 4D di negeri itu.

“Bagaimanapun, insya-Allah kita akan meneliti terlebih dahulu perundangan termasuk tempoh lesen kedai judi sebelum sebarang tindakan diambil.

“Lagipun di Perlis, kami tidak mempunyai banyak kedai judi, kerana saya difahamkan hanya terdapat kira-kira tiga kedai seperti itu di kawasan Kangar dan Kuala Perlis,” katanya seperti dilapor NST.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, tiada kedai menjual minuman beralkohol akan dibenarkan beroperasi di negeri ini.

“Jika kita lihat, setakat ini tiada kedai arak beroperasi di negeri ini kecuali kedai ubat tradisional yang didapati menjual arak untuk perubatan (tujuan) dan tidak mengapa.

“Kedai serbaneka 24 jam di negeri ini juga tidak dibenarkan menjual minuman beralkohol.

“Selain itu, kita memang memantau operasi kedai makanan yang menjual arak secara terbuka kerana tidak mahu mereka yang meminum arak (minuman) mengganggu ketenteraman dan keselamatan orang lain terutama ketika memandu,” katanya.

Pautan berkaitan:

https://ismaweb.net/2023/01/01/premis-judi-loteri-di-kedah-henti-operasi-mulai-hari-ini/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button