Berita Utama

Kes visa furada: Menteri bagi jaminan kejadian sama tak berulang

Idris bersedia bagi bekerjasama dengan polis, TH dan MOTAC

BANGI, 21 Zulhijjah 1443H, Khamis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyatakan kesedian untuk bekerjasama dengan polis, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi memastikan penipuan sama kepada bakal jemaah haji tidak berlaku lagi.

Tegas beliau perkara berkenaan bagi membolehkan satu tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang menipu bakal jemaah haji.

Beliau melahirkan rasa kekesalan diatas kejadian yang berlaku memandangkan  kerana perbuatan berkenaan melibatkan individu ke Tanah Suci.

“Saya amat kesal sangat kerana kes menipu ini ialah melibatkan orang-orang yang nak pergi ke Tanah Suci. 

“Maka sebab itu perkara ini kita pandang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) yang memintanya memberi jaminan supaya kes penipuan terhadap bakal jemaah haji tidak berlaku lagi.

Mengulas lanjut, Idris berkata, kejadian yang berlaku di luar pengetahuan dan pihak berkuasa.

Katanya sekiranya beliau mengetahui perkara berkenaan beliau sendiri yang akan menghantar surat tunjuk sebab ke atas syarikat pelancongan berkenaan.

“Sebab itu kalau ada atas pengetahuan kita, kita akan terus hantar surat tunjuk sebab kenapa buat (tawaran)  berkenaan sedangkan Arab Saudi belum lagi membuka berkenaan kuota tabung haji tadi,” katanya.

Pada 7 Julai lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa Furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button