Berita UtamaDunia

Pakatan Arab Saudi rampas sebuah lagi kapal tangki bahan api ke Yaman

Rampasan kapal boleh akibatkan malapetaka kemanusiaan

SANA’A, 21 Zulhijjah 1443H, Khamis – Syarikat Petroleum Yaman (YPC) berkata, pakatan diketuai Arab Saudi telah merampas satu lagi kapal bahan api yang sedang menuju ke Yaman, melanggar gencatan senjata diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari Rabu, YPC berkata, rampasan itu telah menjadikan bilangan kapal bahan api dirampas dari Yaman kepada tiga dalam beberapa hari kebelakangan ini. 

Kapal bahan api Lady Sarah telah diperiksa dan dibersihkan oleh PBB, tambahnya.

Bertindak balas terhadap rampasan itu, Ketua Perunding Kerajaan Penyelamat Kebangsaan Yaman, Mohammed Abdulsalam berkata, gabungan tersebut sentiasa melanggar gencatan senjata dan ‘membunuh masa’ – satu tindakan yang tidak diterima oleh negara berkenaan.

Pasukan gabungan yang diketuai Arab Saudi melakukan beribu-ribu pelanggaran perjanjian gencatan senjata dalam tempoh sebulan selepas ia berkuat kuasa pada 2 April. 

Perjanjian itu dilanjutkan di bawah naungan PBB pada 2 Jun dan dijangka tamat bulan depan.

Sepanjang tahun lalu, gabungan itu secara konsisten merompak dan menjual sejumlah besar gas serta minyak mentah Yaman.

Pihak berkuasa Yaman menuduh gabungan pimpinan Arab Saudi menjalankan kempen sistematik yang bertujuan untuk menghabiskan sumber asli negara itu.

Awal bulan ini, Penasihat Majlis Politik Tertinggi Yaman, Mohammad Tahir Anam memberi, amaran kepada Riyadh dan sekutunya bahawa syarikat serta kapal yang terlibat dalam rompakan minyak Yaman akan menjadi sasaran gerakan penentangan Ansarullah jika kecurian berterusan.

Pada 3 Julai, Perdana Menteri Yaman, Abdulaziz Saleh bin Habtoor berkata, rompakan minyak Yaman oleh pakatan pimpinan Arab Saudi dilakukan di bawah arahan White House.

Menteri Minyak dan Galian Yaman, Ahmad Abdullah Dares memberi amaran bahawa rampasan kapal Arab Saudi yang membawa produk petroleum ke Yaman boleh menyebabkan penggantungan sektor perkhidmatan dan ‘malapetaka kemanusiaan.’ – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button