Berita UtamaDunia

Russia perluas serangan ke atas Ukraine, sasar wilayah selatan

Berang tindakan Barat beri banyak senjata jarak jauh kepada Ukraine

MOSCOW, 21 Zulhijjah 1443H, Khamis – Serangan tentera Russia kini tidak hanya tertumpu di wilayah barat Ukraine sebaliknya akan diperluaskan lagi.

Menteri Luar, Sergei Lavrov berkata, pihaknya telah menukar strategi berikutan Ukraine kini menerima banyak bekalan senjata jarak jauh dari Barat.

Katanya, tentera Russia perlu ‘melenyapkan’ pasukan Ukraine dari barisan hadapan bagi memastikan keselamatannya.

Berikutan keadaan semasa, Lavrov berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi serangan.

“Kami tidak akan membenarkan sebahagian Ukraine dikawal oleh Presiden Zelensky lagi.

“Keadaan sudah berubah dan kami menyasarkan wilayah di selatan iaitu Kherson dan Zaporizhzhia sebagai objektif baharu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pentagon, Lloyd Austin berkata, rancangan terbaharu Russia dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) membekal senjata kepada Ukraine termasuk empat roket jarak jauh Himar.

Sementara itu, Wanita Pertama Ukraine, Olena Zelenka ketika berucap di Kongres AS menggesa kepada masyarakat antarangsa memberikan lebih banyak sistem pertahanan udara bagi membantu menghentikan keganasan terhadap rakyat Ukraine.

Selepas serangan di Ukraine pada Februari lalu, Barat telah menyalurkan senjata bagi digunakan dalam pasukan pertahanan negara tersebut menentang tentera Russia.

Julai lalu tentera Russia berjaya menawan sebahagian timur Ukraine namun sehingga kini masih gagal menawan Kyiv. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button