Dunia

Palestin tuntut Israel kembalikan tanah milik mereka

Penjajahan terus ancam keamanan serantau

RAMALLAH, 22 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Palestin mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang dan rampasan tanah yang berterusan oleh penjajah haram Israel.

Ini termasuk tindakan rejim Zionis memperluaskan penempatan haram sehingga menafikan hak seluruh rakyat Palestin.

Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin dalam satu kenyataan berkata, Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perluasan penempatan haram dan aktiviti jenayah serta keganasan membabitkan puak pelampau penceroboh termasuk kumpulan yang dipanggil ‘Nachala’.

“Kecurian tanah adalah projek nasional Israel yang dijalankan oleh setiap cabang kerajaan Israel dan difasilitasi oleh pegawai Israel. Ia adalah jenayah yang dibenarkan oleh negara itu.

“Pada awalnya hanya menjadi minoriti kecil peneroka, puak pelampau seperti Nachala ini secara strategik bekerjasama dengan pegawai Israel untuk merampas tanah daripada pemiliknya yang sah – penduduk Palestin -, dan menggantikannya kepada peneroka haram,” katanya.

Kementerian berkata, di negara Palestin, tiada satu pun penempatan Israel dibenarkan, semua yang dibina adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Justeru, kementerian itu menuntut Israel dan kuasa pendudukan merobohkan binaan berkenaan dan mengembalikan tanah itu kepada pemilik Palestin yang sah.

Katanya, penjajahan Israel dan perluasan penempatan haram akan terus mengancam keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa.

“Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti menegakkan kewajibannya mengikut resolusi, termasuk Resolusi 2334 (2016) dan meminta pegawai Israel bertanggungjawab atas jenayah mereka.

“Begitu juga Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa mesti mempercepatkan penyiasatannya ke atas jenayah ini,” katanya.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button