Berita Utama

Perundangan sedia ada tak upaya atasi penghina Islam

Kecenderungan hina Nabi seolah wujud agenda atau kebetulan?

BANGI, 22 Zulhijjah 1443H, Jumaat – Satu pelan tindakan lebih efektif perlu dirangka sebagai upaya untuk membantu pihak berwajib membanteras penghinaan agama Islam di media sosial.

Ini kerana, perundangan sedia ada masih tidak berupaya mengatasi isu penghinaan terhadap agama Islam dengan lebih efisien di negara ini, kata Profesor di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr Ismail Sualman.

Menyifatkan provokasi dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad sebagai membimbangkan kebelakangan ini, beliau berkata, tindakan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Unit Pemantauan Isu Hina Agama, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) melaporkan terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan terhadap Islam di media sosial sehingga 30 Jun 2020.

“Jakim turut mengenal pasti 83 pautan menghina agama Islam,” katanya dalam tulisan di Berita Harian, hari ini.

Dr Ismail berkata, walaupun tindakan undang-undang diambil terhadap pesalah melakukan penghinaan agama sekitar 2019, namun isu itu sukar dibendung.

Katanya, berdasarkan kepada laporan akhbar didapati isu penghinaan terhadap agama Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan.

“Persoalannya kenapa wujud kecenderungan menghina Nabi, seolah-olah wujud satu penentuan agenda atau kebetulan?

“Ruang diberikan media sosial nampaknya disalahgunakan untuk memperlekehkan agama Islam sehingga mencetus polemik dan mewujudkan kekacauan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun hanya segelintir mereka yang terbabit dengan isu penghinaan Islam, kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang agama di Malaysia akan tergugat jika ia dibiarkan.

Pautan kes hina Islam;

Hina Islam: Penghantar makanan didenda RM50,000

Lagi kes hina Islam, Polis Terengganu tahan penganggur memaki melalui rakaman audio

Lagi kes hina agama, polis Kelantan tahan seorang lelaki di Machang

https://ismaweb.net/2022/07/18/pembela-saran-hukuman-hina-islam-dipertingkat-ke-tahap-maksimum/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button